Back to top

Transisi Kerjaya Dalam Diri

26.02.2018

Transisi Kerjaya Dalam Diri

ANNIE LIZA MUHAMMAD

TRANSISI KERJAYA DALAM DIRI

TEKS: HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED FOTO: AHMAD SHAHIR OSMAN SOLEKAN: ANN KARIM

Menggalas tugas terpenting dalam sebuah organisasi bukan suatu tugas yang mudah. Tugas wanita ini semakin mencabar dan tidak semudah yang dibayangkan. Apatah lagi memegang peranan sebagai ibu yang perlu menyeimbangkan tugas di antara keluarga dan kerjaya profesional. Di sebalik kelembutannya tersembunyi sikap gigih dan pantang menyerah demi membantu anak bangsa. Annie Liza Muhammad, boleh diangkat sebagai wanita perintis, pembangunan modal insan yang holistik dan dinamis dalam skop kerjayanya.

MEMEGANG jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), Pusat Pembangunan Korporat (CDC Malaysia) ini, merupakan tugas murni yang perlu dilaksanakan dari hati. Keluhuran budi yang tersemat dalam diri wanita yang berkelulusan MBA dari University Miami, Florida, Amerika Syarikat ini mampu menginspirasikan masyarakat. “CDC adalah anak syarikat Khazanah Nasional Berhad yang ditubuhkan pada awalnya sebagai sebahagian dari Pelan Penstrukturan Semula MAS bagi membantu mereka yang tidak menyertai Malaysia Airlines Berhad (MAB).”

"Fungsi dan tanggungjawab CDC adalah untuk membimbing dan menyediakan sokongan untuk mereka memasuki fasa kehidupan baru sama ada meneruskan kerjaya, bekerja sendiri atau pun memilih untuk bersara awal. Setiap mereka yang berdaftar dengan CDC akan dibimbing oleh Penasihat Kanan Kerjaya untuk merancang pelan gaya-hidup dan kerjaya yang terperinci dan berjangka panjang, perancangan kewangan dan program-program latihan (upskilling) dalam pelbagai bidang bagi membolehkan mereka melalui peralihan kehidupan yang seterusnya.,” terang wanita yang berpengalaman luas dalam bidang Peralihan dan Bimbingan Kerjaya ini memulakan bicara.

Bukan suatu tugas yang mudah untuk menangani perubahan dan transisi kerjaya buat mereka yang kecewa apabila diberhentikan kerja walaupun mendapat pampasan kewangan. "Memang benar, isu kehilangan kerja ini memberi kesan sosial terutama sosio-ekonomi sebuah keluarga. Setiap individu mempunyai pasangan dan juga anak untuk meneruskan kehidupan. Fokus utama saya bukan semata-mata menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan tetapi lebih kepada menjaga kebajikan mereka agar dapat membina sebuah gaya hidup yang positif.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul tetapi saya turut menyelami perasaan mereka dengan lebih dekat kerana pernah melalui perkara yang sama. Malah saya pernah mengalami kehilangan kerja sebanyak tiga kali akibat kegawatan ekonomi.

Kali pertama saya melalui fasa kehilangan kerja ini hanya setelah bekerja selama 5 bulan. Waktu itu saya berhenti kerja daripada syarikat carigali antarabangsa dan menyertai syarikat tersebut kerana saya fikir sudah tiba masanya untuk saya give back to the nation. Ketika itu bahagian (division) saya baharu diwujudkan dan ditutup serta-merta akibat kegawatan ekonomi yang teruk pada tahun 1997. Kami semua diberhentikan tanpa sebarang pampasan kewangan dan sokongan kerjaya kerana belum melepasi tempoh percubaan (probation)," tutur Annie lembut sambil tersenyum.

Menurut Annie, negara kita masih belum menjadikan sokongan kerjaya sebagai mandatori berbanding negara luar seperti Korea dan Australia. Di sana mereka wajib menyediakan sokongan kerjaya selepas pemberhentian kerja untuk mendapat kerja lain. Malaysia belum menjadikan proses ini sebagai suatu undang-undang kepada syarikat.

Wanita ini memang dilahirkan begitu istimewa kerana sanggup menutup syarikat miliknya hanya semata-mata mahu membantu orang lain. “Niat saya semata-mata mahu menolong orang. Bagi saya peluang bekerja di sini merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai untuk dilepaskan. Sasaran saya adalah untuk membina generasi muda yang mempunyai semangat juang dan sentiasa komited terhadap kepentingan bangsa, agama dan negara.

Sebagai seorang ibu dan pernah melalui tempoh getir ini, saya fikir sekiranya mereka tidak mengawal emosi dengan baik dan melalui tempoh sukar ini dengan negatif maka pembesaran anak-anak juga akan turut terganggu. Mereka akan malu untuk ke sekolah dan sering merasa rendah diri. Apabila anak-anak membesar dalam keadaan yang negatif, ini boleh merosakkan minda, karier dan masa depan mereka.

Kebanyakan mereka yang mengalami kehilangan kerja tidak pernah mempunyai kerja lain selain bekerja dengan majikan yang ada. Ada yang sejak lepasan sekolah bekerja selama 30 tahun dengan syarikat yang sama dan buntu untuk mencari kerja lain. Jadi ini merupakan satu cabaran transisi kerjaya yang amat besar buat mereka. Apa yang istimewa, CDC membantu dan mengikuti perkembangan mereka sehinggalah mereka berjaya didalam bidang yang baru mereka pilih.

Alhamdulillah, sudah 90 peratus daripada mereka yang kehilangan kerja sudah berjaya di dalam peralihan kerjaya mereka. Lagi 10 peratus itu masih didalam proses bimbingan kerana baharu sahaja mendaftar. CDC juga turut bekerjasama dengan syarikat lain daripada segi transisi kerjaya dan menjadi tanggungjawab sosial korporat untuk membantu ibu tunggal, gelandangan dan pelajar universiti,” jelas wanita yang berasal dari Pahang ini.

 

CABARAN

Wanita yang berusia 49 tahun ini bersyukur dengan perjalanan hidupnya dan bangga mengutip pengalaman yang tidak semua orang mempunyai peluang apa yang dinikmatinya. Tambahnya lagi setiap ketentuan Sang Pencipta pasti mempunyai sebab. "Sudah menjadi norma kehidupan, orang yang hilang pekerjaan akan mengalami gangguan emosi, marah, geram dan kecewa. Cabaran paling utama adalah dapat bersabar ketika berhadapan dengan mereka.

Saya gembira dapat membuka minda mereka dan membantu mereka serta anak-anak. Selain itu cabaran untuk memastikan amanah dipenuhi bukan secara 100 peratus tetapi lebih daripada itu. Kebajikan untuk rakyat dan duit rakyat. Kepuasan lahir dalam diri apabila mereka datang semula kepada kami dengan minda yang terbuka dan dapat membina kerjaya yang memberangsangkan," jelasnya dengan mata berkaca.

Sebagai wanita yang mempunyai kerjaya sekali gus menguruskan keluarga bukan suatu tugas yang mudah. Menjadi ibu kepada empat orang anak yang sedang membesar merupakan cabaran buat wanita ini. “Selain menghabiskan masa bersama anak-anak saya cuba untuk meluangkan masa secara individu dengan setiap anak-anak. ltu yang saya lakukan sejak dahulu lagi. Daripada anak pertama dan kedua masih kecil lagi.

Walaupun kadang-kadang jika saya terlalu sibuk 15 minit sangat berharga buat kami meluangkan waktu bersama. Bukan buat apa pun, saya bawa mereka bersiar-siar dalam kereta hanya semata-mata untuk bersama. Kami akan berkaraoke dalam kereta, bercerita tentang apa sahaja tanpa sebarang gangguan daripada gajet mahupun wifi.

Untuk 'me time' pula biasanya saya mengambil peluang semasa pergi kerja dan balik kerja dalam kereta. Biasanya saya akan menggunakan masa itu untuk menganalisa kerja yang dibuat dan menikmati alunan muzik atau just enjoying the quite moment. Saya juga melakukan yoga untuk ketenangan minda. Dari dahulu lagi, selagi belum bersedia untuk masuk ke rumah saya akan duduk di dalam kereta untuk menyediakan minda bertemu dengan keluarga. Tidak adil kepada anak-anak apabila kita masuk ke rumah dengan mebawa masalah pejabat," ujar Annie mengakhiri perbualan di pejabatnya yang berlokasi di Subang jaya itu.

MoveUp!

Offering the latest career-related news plus other fresh contents
Good morning!
2:21 am
How to Quantify Your Resume Bullets (When You Don't Work With Numbers)

Here are three ways to quantify your experience.

The Best And Worst Things To Put In Your Cover Letter, According To 9 HR Experts

In today’s applicant-driven job market, an “optional cover letter” isn’t actually optional.

While your resume is meant to summarize why you are qualified for a role, the cover letter is what shows the employer why they should want you at their company. This is where an applicant can showcase their personality beyond a bulleted list of previous job titles. Strong cover letters portray a mix of your character, enthusiasm for the role, and unique background that qualifies you for this job above all others

Why Resume Keywording Is A Must For Job Seekers

Gone are the days of creating one resume and using it for every job application. Customization is the name of the game in today’s digital age, which has become more and more important with the increasing use of Applicant Tracking Systems (ATS).