Tan Sri Bashir Ahmad Bin Abdul Majid dilantik oleh Khazanah Nasional Berhad sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah CDC pada 1 Januari 2015. Terdahulu, beliau adalah Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad dari tahun 2003 hingga 2014, sebelum dilantik sebagai Penasihat kepada syarikat induk Kumpulan, dimana jawatan disandang sehingga 2017.
Tan Sri Bashir memulakan kerjayanya dengan Malaysia Airlines. Sepanjang tempoh 29 tahun di syarikat penerbangan, beliau telah memegang beberapa jawatan kanan dan berkhidmat dengan pelbagai jabatan diantaranya di jabatan perancangan, pemasaran dan jualan seterusnya ke bahagian operasi. Pada ketika itu juga beliau telah berkhidmat sebagai jawatankuasa dalam banyak industri.
Sejurus tempohnya di Malaysia Airlines, beliau telah dilantik oleh Kerajaan sebagai Penasihat Penerbangan kepada Kementerian Pengangkutan di mana beliau telah memberi panduan mengenai dasar yang dibuat oleh Kementerian untuk menyokong pertumbuhan industri penerbangan di Malaysia.
Tan Sri Bashir adalah juga Presiden kepada “Aiports Council International Asia Pacific Region”dari 2010 hingga 2014. Pada masa ini, beliau adalah Penasihat kepada GMR Airports Ltd, syarikat yang berpusat di Bengaluru, India yang membangun, menguruskan dan mengendalikan semua lapangan terbang antarabangsa. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga “Airports Council Asia Pacific World (Honorary). Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) jurusan “International Relations” dari Universiti Malaya.