Back to top

Melahirkan yang terbaik dari setiap individu

Siew Lin
Penasihat Kanan Kerjaya

Melahirkan yang terbaik dari setiap individu

Siew Lin adalah Penasihat Berdaftar dan Berlesen (KB, PA). Dengan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Komunikasi dari UKM, dan seterusnya Sarjana dalam Kaunseling dari UM, beliau mempunyai kelayakan yang setara di samping pengalaman lapan belas tahun beliau.

Berpengalaman dalam kaunseling terhadap individu, pasangan dan keluarga, beliau juga menumpu kepada isu berkenaan transformasi diri, keyakinan diri, pelarasan kehidupan yang sukar serta isu berkaitan kesihatan mental.  

Beliau pernah bekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Integrated Psychology Network and Brain Mind Specialist Clinic. Beliau turut menjadi sukarelawan di beberapa organisasi yang bukan berasaskan keuntungan.

Beliau percaya bahawa setiap individu adalah unik dan kreatif di mana mereka mempunyai sesuatu untuk disumbang kepada masyarakat. Kepercayaan inilah yang mendorongnya untuk bekerja dengan individu yang terlibat dalam peralihan kehidupan.Dengan cara yang unik untuk melibatkan diri dengan orang serta memberi motivasi, beliau telah secara aktif menyokong pekerja yang telah melalui penstrukturan semula organisasi dengan mengubah minda mereka ke arah pertumbuhan dan mencari peluang yang lain.

Siew Lin fasih berbahasa Inggeris, berbahasa Malaysia, Mandarin, Kantonis dan juga dialek Hokkien.