Visi & Misi
Back to top

Visi & Misi

Kami menyesuaikan perkhidmatan kami selaras dengan keperluan anda.
Ini adalah satu-satunya cara untuk menggilap kualiti yang terpendam.

VISI

Di CDC, kami percaya bahawa sokongan padu menerusi bakat yang dibimbing dengan baik di peringkat nasional, merupakan pelaburan untuk tenaga kerja Malaysia yang lebih sihat, komuniti perniagaan yang lebih baik, dan ekonomi negara yang lebih kukuh.

CDC akan menunjukkan kepada organisasi mengapa ianya menjadi tanggungjawab majikan untuk mempercepat kemajuan serta peralihan kakitangan ke fasa kehidupan seterusnya, sama ada bekerja semula, bekerja sendiri atau bersara. Lebih-lebih lagi, kita tahu bahawa organisasi yang menyediakan sokongan empati terhadap peralihan kerjaya dapat menjana kesan positif yang dirasai di semua peringkat - kakitangan, keluarga mereka dan negara secara keseluruhannya.

Perkhidmatan sokongan peralihan dari CDC akan menjadi keperluan penting dalam meneruskan kemajuan bagi syarikat-syarikat yang sedang menjalani penstrukturan semula. Kami membayangkan peralihan kerjaya sebagai satu langkah positif yang diiktiraf secara meluas terhadap kepuasan diri sendiri serta pemilihan kerjaya yang lebih baik pada masa hadapan.

MISI

CDC berkobar-kobar untuk melahirkan insan yang mempunyai nilai-nilai tinggi kepada mereka yang memerlukan sokongan peralihan kerjaya. Kami menyediakan pengetahuan, sokongan dan galakan yang diperlukan secara khusus mengikut kesesuaian individu supaya setiap dari mereka dapat mencapai matlamat profesional dengan cepat dan cekap.

CDC akan sentiasa bekerja secara terbuka, jujur dan telus. Pada masa yang sama, kami akan memastikan bahawa apa yang kami lakukan mematuhi piawaian undang-undang, etika dan moral.

CDC Malaysia akan mengekalkan persekitaran kerja yang mesra, adil dan kreatif untuk kakitangan kami, dan akan menghormati kepelbagaian individu, idea-idea baru dan kerja keras mereka.

Bangkit!

Menawarkan berita berkaitan kerjaya terkini serta kandungan baru yang lain
Good evening!
6:43 pm
How A Forced Career Transition Can Take You To The Next Level

We are supposedly living in the age of a 100-year life, where most of us will be having multiple careers, and therefore undergoing numerous transitions from career to career, or from career to school and back again. Being able to make these transitions smoothly is likely to be key to our happiness and well-being.

5 Tips To Reach Your Career Goals Quicker

To achieve your goal, be intentional. Being intentional will put you on the right path and make you efficient at reaching your goal. Here are five steps to become more intentional:

How To Make A Memorable Introduction

According to a Princeton study, people can form judgments about others in under one second, and that’s just based on appearances.